
Haaaaa! Aku tak tahu apa topik untuk hari ni. Tapi, persoalan untuk hari ni, "kenapa aku banyak berubah?"
Orang selalu sujud syukur kalau diri kita ni dah banyak berubah, tapi tidak bagi aku.
Sebab perubahan aku bukan atas dasar kebaikan, tapi atas dasar kejahatan.
Aku dah jadi jahat! Aku dah jadi jahat! Aku dah jadi jahat!
Bukan bangga jadi jahat, tapi jahat aku dah keterlaluan. Jadi memang perlu aku nak 'membangga' diri supaya aku sedar yang aku ni dah melebihi batas -.-'
Sekarang , aku form1 aku tak berapa suka belajar .
Alasan kenapa aku bodoh
1)Sebab aku malas belajar.
2)Sebab aku ketagih Facebook.
3)Aku tak kuat sembahyang.
4)Aku tak rajin berdoa, berdoa bila aku sembahyang saja -.- (JUJUR)
5)Aku suka melawan orang yang cuba nasihat aku.
6)Pengaruh kawan-kawan.
7)Aku suka berjalan berbanding berada di rumah.
8)Aku suka melepak dalam bilik walaupun tak buat apa-apa
9)Aku suka mesej dan mengadap handphone
10)Aku lebih suka bercakap berbanding diam.
*Diam bila sakit, bercakap bila sihat
11)Aku tak punya semangat yang tinggi.
12)Tak ada azam untuk berjaya.
13)Terlalu merendah diri menyebabkan hilang keyakinan diri.
14)Tak suka membaca.
ALASAN PALING BEST
15)Aku selalu percaya yang aku bodoh
Sememangnya susah untuk kita mempercayai diri kita yang kita tak mempunyai bakat dalam pembelajaran. Bagi aku, dalam kehidupan ni, aku dah terlalu ketinggalan di persada era yang semakin maju ni. Mana taknya, sekarang ni dah terlalu ramai golongan cerdik pandai sedangkan aku? Terkapai-kapai di bawa arus ombak.
Walaupun aku tahu aku bodoh, tapi aku tak pernah mengecilkan diri untuk bersama-sama dengan kawan-kawan.
Kawan tetap kawan. Keluarga tetap keluarga. Belajar tetap belajar.
Aku jahat atau tak, kita campak tepi :)